FUTSAL HIJABISTA PERTAMA DI MALAYSIA
FREE Shipping when you purchase RM100
"Earn & Redeem" Reward Points when you purchased product
FUTSAL HIJABISTA PERTAMA DI MALAYSIA

ZAYAN, destinasi gaya hidup Muslim moden, telah mengajur “A Day with Hijabistas”, iaitu perlawanan futsal persahabatan hijabistas, sebagai inisiatif baru sempena Hari Hijab Sedunia (World Hijab Day) 2019. “A Day with Hijabistas” berlangsung pada hari ini, 16 Februari 2019, di Uptown Sports Bangi dan disertai oleh personaliti-personaliti tempatan dan peminat-peminat ZAYAN.


Buat julung kalinya di Malaysia, “A Day with Hijabistas”, inisiatif jenama radio ZAYAN#indahdihati, diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara peminat-peminat dan keluarga ZAYAN. Pada masa yang sama, “A Day with Hijabistas” juga berniat meningkatkan pemahaman masyarakat tentang tatacara pemakaian hijab dan berhijab serta menutup lengan dengan handsock juga tidak memberi halangan kepada kaum wanita untuk terus aktif dengan menjalankan rutin harian dan aktiviti-aktiviti yang cenderung ke arah gaya hidup sihat.


Selain itu, keunikan “A Day with Hijabistas” juga merangkumi tatatertib pemain-pemain perlawanan futsal persahabatan ini yang ditunjukkan tatacara pemakaian hijab yang sempurna. Peserta-peserta perlawanan futsal ini juga perlu berhijab dan bersarung lengan handsock sepanjang perlawanan.



Personaliti-personaliti ZAYAN seperti Lin Ariffin (dari segmen ‘#ZOTD’), Mawi & Anas (dari segmen ‘Salam BROS’), dan Falyq (dari segmen ‘ZAYAN Cafe’) serta personaliti-personaliti jemputan seperti Anna Aljuffrey (personaliti jenama radio GEGAR), Nur Affizza Azmi(penyampai berita TV9) dan Wani Kayrie, Ekin & Aenn (selebriti-selebriti tempatan) turut hadir untuk bertemu dan memeriahkan gelanggang futsal bersama-sama peminat.


Pemain-pemain perlawanan futsal persahabatan dibahagikan kepada 8 kumpulan dan perlawanan selama lima minit bagi setiap kumpulan ini bersifat ‘kalah mati’. Pemenang dari 8 kumpulan yang bertanding akan bertemu ‘kumpulan pilihan’ di peringkat akhir bagi mementukan pemenang keseluruhan perlawanan.

Penganjuran “A Day with Hijabistas” ini juga merupakan tanda peringatan dan penghargaan dari ZAYAN kepada wanita-wanita Muslim yang berhijab di Malaysia dan negara luar yang tabah berhadapan dengan cabaran atau halangan kerana memilih untuk berhijab dan menutup lengan dengan ber handsock.

 

 

Penaja Utama:

Venue: Uptown Sports Bangi

Handsocks: Kulsocs

Hijab: Fitjab

Food: Wokit

Minerals: Bubbles O2

Paramedic: Megaklinik Zahran

Instructor Zumba: Shafizah