SARUNG LENGAN SUKAN
FREE Shipping when you purchase RM100
"Earn & Redeem" Reward Points when you purchased product
SARUNG LENGAN SUKAN

Sarung Lengan Sukan/ Running Arm Sleeves

Ada runner yang memandang enteng penggunaan sarung lengan ketika berlari. Ia bukan hanya untuk kelihatan "chic" ya!

Kenapa runner memilih sarung lengan yang selesa

Tiada orang yang mempunya sebab yang sama. Kami kongsikan kenapa ada runner yang memilih sarung lengan berkualiti untuk keselesaan.

Sebab #1: Keselamatan

Kebanyakan aktiviti running/marathon bermula awal pagi yang masih gelap ataupun waktu malam. Pilihan warna sarung lengan yang cerah dan mempunyai pantulan cahaya membantu agar anda sentiasa kelihatan. 

Sebab #2: Sesuai untuk suhu dingin

Mula berlari di subuh hari pastinya masih sejuk lagi. Sarung lengan membantu menambah layer untuk menaikkan suhu di bahagian lengan anda. 

Sebab #3: Sesuai untuk suhu panas

Ketika berlari lengan anda akan mula berasa panas. Suhu panas badan bercampur dengan suhu keliling yang dingin akan menjadikan lengan anda sangat selesa hingga tak perasan memakai sarung lengan. Rasa seperti berlari dalam aircond! 

Sebab #4: Pelindung sinar matahari.

Pancaran matahari secara terus ke kulit selama 15 minit akan menyebabkan sunburn tau. Bagaimana pula jika berlari 30 minit atau lebih lagi? Mudah je. Sarungkan sahaja sarung lengan agar terlindung dari sinar UV.

Sebab #5: Lebih bagus dari sunblock

Kebanyakan sunblock tidak selesa. Bayangkan anda memakai sunblock, kemudian mula berlari dan berpeluh. Selesai berlari cuba rasakan betapa melekitnya bahagian lengan, pegang apa pun tak selesa! 

Sebab #6: Selesa atau compression

Jenis compression biasanya untuk aliran darah yang lancar. Jika anda sejenis yang tak suka jenis compression, ada juga sarung lengan fokus untuk keselesaam. Contohnya sarung lengan Kulsocs.

Sebab #7: Hindari dari serangga

Sarung lengan melindungi dari gigitan nyamuk atau serangga lain.

Sebab #8: Jimat.

Pernahkah anda buat kira-kira pemakaian subblock dan spray serangga. Anda hanya perlu beli sekali sekali sahaja sarung lengan dan boleh pakai sehingga 50 kali lagi! Jimatnya.

Sebab #9: Style

Pemakaian sarung lengan menambah umpphh style anda. Cameraman official pun biasanya suka mengambil gambar runner yang unik. Pelbagaikan sarung lengan samada matching dengan jersi running ataupun pilih jenis bercorak. Fuh style habis!

Sebab #10: Geng senang cari anda

Dalam ribuan peserta, susah juga nak cari semula kawan jika dah terpisah semasa berlari. Almaklumlah pace berbeza. Tapi jika anda memakai sarung lengan yang lain daripada yang lain, mungkin mudah dikenalpasti. Lagi best jika satu geng anda memakai warna atau corak yang sama. Sarung lengan BFF.

Sarung lengan Sukan - Perlu ke?

Senarai 10 sebab di atas, anda rasa anda perlu ke memakai sarung lengan sukan? Kenapa tidak?