KISAH BENAR: 3 TAHUN BERJUANG UNTUK TUTUP AURAT
FREE Shipping when you purchase RM100
"Earn & Redeem" Reward Points when you purchased product
KISAH BENAR: 3 TAHUN BERJUANG UNTUK TUTUP AURAT

Semenjak 2014, asyik-asyik nama Kak N yang disebut-sebut.

 

Bos        :  Awak ni memang suka melawan kan? Awak ni tak suka dengar arahan ke? Awak itu….Awak  ini…Awak  ni memang hantu!

 

Kak N tak setuju dengan polisi baru syarikat. Jadi, Kak N buat kerja ikut cara Kak N.  Kita tak mahu tapi tetap kena setuju. Adat bekerja, macam tu la. Kesannya….

 

Bos         : Pihak atasan arahkan awak jaga ‘deparment’ lain.

 

Kak N    : Baik bos.

 

Mula-mula sedih juga kena tukar department tapi makin lama makin seronok pula ‘deparment’ baru ni. Hehehe.

 

Setahun selepas itu, pihak atasan dapati polisi tersebut memang tidak sesuai. Kemudian, polisi tu pun dah dimansuhkan. Mereka tawarkan kembali jawatan lama di ‘department’ sebelum ini ke kepada Kak N.

 

Kak N    : Pada tahun 2015, nama Kak N ‘viral’ lagi. Kali ini, pasal ‘handsock’. Mula-mula bos cakap sipi-sipi je. Dia senaraikan macam-macam alasan. Bos panggil mengadap. Kak N buat tau je. Kak N terus pakai!

 

Bos         : Awak kena ‘remove’ handsock tu. Tak ikut polisi syarikat. Bahaya untuk pelanggan kita, bahaya untuk pesakit kita.

 

Kak N    : Baik bos. (Kak N angguk-angguk tapi tetap berdegil pakai handsock).
Selepas itu, pihak HR pujuk lagi Kak N. Suruh buka ‘handsock’. Siap bisik-bisik sambil pegang bahu tau. Kak N tetap pakai kat belakang bos.

 

Baru-baru ini HQ dah benarkan pakai ‘handsock’. Katanya dah ada vendor yang lepas ujian. Jadi, Kak N dah boleh senyum lebar. Semalam, senyuman Kak N lagi lebar sampai atas telinga. Masa Kak N nak balik, terserempak dengan seorang abang dan adik manis dalam lift. Mereka usung handsock dan tegur Kak N.

 

Vendor : Sis, nak bagitau kat sis. Lepas ni dah boleh pakai ‘handsock’ ni. ‘Branch’ lain dah ‘order’ dengan   kami.

 

Kak N    : Syukur! Akhirnya….berapa hangpa juai ni? Kak N nak beli teruih sebab gumbira sangat. Bertahun-tahun Kak N ‘fight’ pasal ni.

 

 

Vendor : Tak perlu beli sis sebab nanti ‘procurement’ dan HR akan buat order.

 

Kak N    : Takpe, saya nak beli juga sekarang. Saya nak 2 pasang sebab hepi sangat. 


                     
Vendor : Oklah kalau macam tu. Sis beli 1 kami bagi percuma 1. Ini baki duit Puan.

 

Kak N    : Takpe hampa amik semua. Saya sedekah. Terima kasih na. ( Memang tak dapat nak cerita, hepi lain macam masa tu).

 

Syukur dan terima kasih ya Allah. Kak N degil dan melawan ada sebab. Bukan suka suki. Mula-mula, Kak N ingatkan kami kena beli sendiri dengan vendor. Memang tak sangka HQ akan belikan untuk staff-staff yang degil macam Kak N. HQ pun dah ada polisi dan standard untuk handsock yang boleh dipakai semasa bekerja. Tq bos sebab memahami masalah kami.

 

 

Kak N nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tim Kulsocs kerana  bekerja keras memenuhi kehendak HQ dan merealisasikan impian saya dan kawan-kawan untuk pakai handsock semasa bertugas. Rasanya lepas setahun bertungkus-lumus, baru mereka berjaya jadi vendor untuk company 'mat salleh' ni.

 

Terima kasih Kulsocs!